Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Nilai Penipuan Transaksi E Dagang Cegah Rm62 Juta

Published: 23 Dec 2024 2.43 AM Updated: 20 Sep 2026 2.51 PM
Kuala Lumpur, 23 Disember 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan sejumlah RM62 juta nilai kerugian direkodkan akibat penipuan pembelian dalam talian atau e-dagang sehingga 15 Disember lalu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata angka itu dijangka terus meningkat menjelang akhir Disember ini serta tahun-tahun akan datang selaras pertambahan platform e-dagang ya
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-nilai-penipuan-transaksi-e-dagang-cegah-rm62-juta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:12 MYT
Kuala Lumpur, 23 Disember 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan sejumlah RM62 juta nilai kerugian direkodkan akibat penipuan pembelian dalam talian atau e-dagang sehingga 15 Disember lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata angka itu dijangka terus meningkat menjelang akhir Disember ini serta tahun-tahun akan datang selaras pertambahan platform e-dagang yang semakin popular dalam urus niaga masa kini.

“Penipuan yang berpunca daripada iklan melalui laman Facebook mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 3,457 kes diikuti WhatsApp dengan 1,168 kes.

“TikTok turut mencatatkan 800 kes diikuti aplikasi Telegram sebanyak 771 kes menjadikan jumlah keseluruhan penipuan yang direkodkan adalah 6,909 kes,” katanya.
Katanya, sebagai langkah pencegahan, pembeli dalam talian adalah diingatkan untuk mengambil langkah berwaspada dan berhati-hati supaya tidak menjadi mangsa penipuan.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.
May be an image of 2 people and text
ArticlePublished 23 Dec 2024 2.43 AMUpdated 20 Sep 2026 2.51 PM