Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Netizen Puji Tindakan Positif Lans Koperal

Diterbitkan: 05 Jun 2024 2.32 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.10 PM
Kuala Lumpur, 5 Jun 2024 – “Rezeki saya dengan izin Allah SWT terserempak dengan pak cik itu. Mungkin Dia mahu membuka ‘pandangan'' saya dan masyarakat supaya membantu orang memerlukan.” Begitu kata anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut, Lans Koperal Muhammad Azam Fitri Azman, 27, yang tular di media sosial kelmarin kerana membantu lelaki cacat penglihatan berusia 50-an melintas jalan di Kuala Nerus, Terengganu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-netizen-puji-tindakan-positif-lans-koperal
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 13:03 MYT
Kuala Lumpur, 5 Jun 2024 – “Rezeki saya dengan izin Allah SWT terserempak dengan pak cik itu. Mungkin Dia mahu membuka ‘pandangan'' saya dan masyarakat supaya membantu orang memerlukan.” Begitu kata anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut, Lans Koperal Muhammad Azam Fitri Azman, 27, yang tular di media sosial kelmarin kerana membantu lelaki cacat penglihatan berusia 50-an melintas jalan di Kuala Nerus, Terengganu.

Muhammad Azam Fitri berkata, kejadian berlaku ketika dia dalam perjalanan pulang ke IPD Besut selepas mengiringi kenderaan Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain bagi menghadiri majlis di Setiu, Terengganu kira-kira jam 6.40 petang Sabtu lalu.

Menurutnya, ketika itu ada sebuah lori membelok masuk ke simpang jalan menyebabkan dia memperlahankan motosikal dan ternampak seorang lelaki sedang berdiri di bahu jalan.

“Pada awalnya saya tidak tahu dia buta dan menyangka hanya orang tua bertongkat yang mahu melintas jalan lalu berhenti untuk membantunya.

“Apabila saya menghampirinya, dia macam ketakutan lalu saya perkenalkan diri sebagai anggota polis dan dia beritahu mahu melintas jalan untuk membeli makanan. Ketika itulah baru saya tahu dia buta.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.
 
ArtikelDiterbitkan 05 Jun 2024 2.32 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.10 PM