Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Negara Kerugian Rm19 7 Bilion Hasil Kehilangan 6 000 Nyawa Setahun

Published: 07 Dec 2024 2.57 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 7 Disember 2024 - Kadar kemalangan jalan raya Malaysia yang membabitkan kematian purata tidak kurang 6,000 setahun memberi kesan besar kepada negara apabila turut mencatatkan kesan kewangan atau kerugian hampir RM19.7 bilion setahun.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-negara-kerugian-rm19-7-bilion-hasil-kehilangan-6-000-nyawa-setahun
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:39 MYT
Kuala Lumpur, 7 Disember 2024 - Kadar kemalangan jalan raya Malaysia yang membabitkan kematian purata tidak kurang 6,000 setahun memberi kesan besar kepada negara apabila turut mencatatkan kesan kewangan atau kerugian hampir RM19.7 bilion setahun.

Kerugian ekonomi kepada negara akibat kemalangan jalan raya boleh dijelaskan melalui konsep “Value of Statistical Life” (VOSL) dan “Value of Serious Injury”.
Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Profesor Madya Ts. Dr. Siti Zaharah Ishak berkata, kedua-dua nilai itu dikira bersandarkan Keluaran Dalam Negara Kasar per kapita.

”VOSL adalah ukuran nilai ekonomi yang digunakan untuk menilai manfaat mengelakkan kematian akibat kemalangan. la memberi gambaran mengenai berapa banyak kos yang dikaitkan dengan setiap kematian, termasuk kehilangan produktiviti, pendapatan yang dijana individu dan perbelanjaan kesihatan.

“Dalam kes Malaysia, setiap kematian di jalan raya dianggarkan membawa kerugian sekitar RM3.12 juta, mencerminkan nilai yang hilang dari aspek produktiviti masa depan, kos perubatan serta kesan jangka panjang kepada keluarga dan masyarakat,” katanya kepada Harian Metro.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

 
ArticlePublished 07 Dec 2024 2.57 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM