Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Nama Malaysia Digeruni Lawan Dalam Arena Bina Badan

Diterbitkan: 17 Aug 2024 9.31 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 17 Ogos 2024 - Berkerjaya sebagai anggota polis di Unit Tindakhas (UTK), Pasukan Gerakan Khas, Polis Diraja Malaysia, pemuda berusia 35 tahun ini ternyata berbangga setiap kali kejohanan bina badan yang disertainya di luar negara mampu mengibarkan Jalur Gemilang.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-nama-malaysia-digeruni-lawan-dalam-arena-bina-badan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:29 MYT
Kuala Lumpur, 17 Ogos 2024 - Berkerjaya sebagai anggota polis di Unit Tindakhas (UTK), Pasukan Gerakan Khas, Polis Diraja Malaysia, pemuda berusia 35 tahun ini ternyata berbangga setiap kali kejohanan bina badan yang disertainya di luar negara mampu mengibarkan Jalur Gemilang.

Dia juga mengakui, apabila bertanding di pentas antarabangsa, nama Malaysia antara yang digeruni pihak lawan kerana peserta negara mempunyai sejarah rekod cemerlang di dalam arena bina badan dunia.

Pernah bergelar penjelajah negara merentasi Greenland sejauh 550 kilometer pada 2014, pemilik nama Sarjan Muhamad Shaiful Hisyam Abd Aziz mula serius di dalam sukan bina badan sejak 2021.

Namun, dia mula terbabit secara rekreasi pada 2008.

Sejak terbabit di dalam bina badan secara serius, Sarjan Muhammad Shaiful sentiasa berada di kedudukan podium.

Bukan sahaja di Malaysia, malah sehingga ke luar negara. Terkini, dia berjaya berada di tangga kedua di dalam kejohanan Asian Bodybuilding and Physique Sport Championships 2024 di Batam, Indonesia.

Antara kejayaan yang diraih di peringkat antarabangsa ialah Asean Championship di Batam, Indonesia 2023 di tempat ketiga, Asian Championship di Nepal di tempat keempat pada 2023 dan World Championship di Korea 2023 di tempat keenam.

Katanya, kejayaan demi kejayaan yang diraih sebenarnya bukan sekadar kepuasan peribadi, tetapi mempunyai pelbagai matlamat lain antaranya menonjolkan kemampuan anggota Polis Diraja Malaysia di dalam UTK yang mempunyai susuk badan yang cergas ketika bertugas.

“Ketika bertanding di luar negara, saya memang memaklumkan kepada rakan peserta yang lain, bahawa saya seorang anggota polis.

“Perkara ini untuk menonjolkan anggota polis Malaysia mempunyai tahap kecergasan yang baik.

“Malah, ia juga sebagai satu imej kecerdasan yang tinggi apabila saya memikul tanggungjawab sebagai petugas keselamatan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berada di khalayak ramai,” katanya.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.
 
ArtikelDiterbitkan 17 Aug 2024 9.31 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM