Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Nak Cari Siapa Hebat

Diterbitkan: 26 Jan 2023 3.01 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 26 Januari 2023 - Kebanyakan aktiviti merempit yang dikesan di ibu kota ini adalah semata-mata untuk mencari keseronokan pada waktu malam selain menguji ‘jentera' (motosikal), kelajuan serta kemahiran antara satu sama lain.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-nak-cari-siapa-hebat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:36 MYT
Kuala Lumpur, 26 Januari 2023 - Kebanyakan aktiviti merempit yang dikesan di ibu kota ini adalah semata-mata untuk mencari keseronokan pada waktu malam selain menguji ‘jentera' (motosikal), kelajuan serta kemahiran antara satu sama lain.

Ketua Polis KL, CP Dato’ Azmi Abu Kassim berkata, sebahagian besar mat rempit yang ditahan pihaknya membabitkan remaja seperti pelajar berusia seawal 14 tahun, keciciran sekolah selain individu sudah bekerja seperti mekanik, penghantar makanan dan pekerja kilang.

“Lazimnya, aktiviti ini hanya membabitkan perlumbaan dalam kumpulan kecil dengan pembabitan antara enam hingga 10 motosikal dan kebanyakan mereka berasal dari penempatan sama serta mengenali satu sama lain.

“Golongan ini merempit hanya untuk menentukan siapa paling hebat menunggang serta boleh melakukan aksi merbahaya ketika menunggang motosikal dengan kelajuan tinggi selain menguji enjin jentera yang diubah suai mengikut trend terkini.

“Setakat ini kami dapati aktiviti merempit di sekitar Kuala Lumpur tidak membabitkan sebarang pertaruhan wang, perempuan atau bentuk habuan lain yang dijadikan sebagai hadiah kemenangan. Kebanyakannya hanya bertujuan menguji kehebatan masing-masing dan cubaan untuk meniru aksi dikatakan mencabar," katanya kepada Harian Metro.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.
 
ArtikelDiterbitkan 26 Jan 2023 3.01 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM