Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Mudah Panik Takut Punca Utama Wanita Jadi Mangsa Macau Scam Pengarah Jsjk

Diterbitkan: 19 Mar 2022 7.34 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Petaling Jaya, 19 Mac 2022 - Mudah panik dan takut kena tahan antara punca wanita ramai menjadi mangsa Macau Scam iaitu 6,513 orang dengan nilai kerugian RM327.78 juta dalam tempoh dua tahun ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-mudah-panik-takut-punca-utama-wanita-jadi-mangsa-macau-scam-pengarah-jsjk
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:12 MYT
Petaling Jaya, 19 Mac 2022 - Mudah panik dan takut kena tahan antara punca wanita ramai menjadi mangsa Macau Scam iaitu 6,513 orang dengan nilai kerugian RM327.78 juta dalam tempoh dua tahun ini.

Berdasarkan statistik Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Polis Diraja Malaysia (PDRM), sepanjang tahun lalu, sebanyak 6,353 kes dilaporkan dengan nilai kerugian RM198.1 juta manakala 6,007 kes (RM289.1 juta) pada 2020.

Pengarah JSJK, CP Dato' Mohd Kamarudin Md Din berkata, dalam tempoh dua tahun tersebut, seramai 6,513 mangsa wanita manakala 5,846 adalah lelaki.
Menurut beliau, berdasarkan rekod PDRM, pekerja swasta adalah golongan profesion paling banyak yang ditipu apabila sebanyak RM175.44 juta membabitkan 6,275 orang dalam tempoh itu.

"Ia diikuti dengan pesara melibatkan 945 mangsa (RM110 juta), tiada pekerjaan (1,556 mangsa) dengan nilai kerugian RM76.9 juta dan 1,374 penjawat awam iaitu RM54.7 juta)

"Selain itu, terdapat mangsa daripada golongan guru, peguam, jurutera malah pengawal keselamatan juga turut diperdaya sindiket Macau Scam," katanya.

Sementara itu, Dato' Mohd Kamaruddin berkata, siasatan mendapati golongan wanita paling banyak diperdaya sindiket iaitu wanita berusia 21 hingga 30 tahun.

"Ini kerana mereka mudah panik dan takut apabila dimaklumkan akan ditangkap dan direman berkaitan kes-kes jenayah walhal semuanya palsu," katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

May be an image of text that says 'Wanita mudah panik, takut punca ramai tertipu Mangsa Macau Scam imh.aMmwni@medamula.comimy JAYA: dalam tempoh statistik
ArtikelDiterbitkan 19 Mar 2022 7.34 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM