Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Misi Kemanusiaan Penduduk Kampung Saliliran Selesai

Published: 31 Oct 2023 6.47 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Nabawan, 31 Oktober 2023 - Misi kemanusiaan menghantar bakul makanan kepada penduduk Pensiangan yang terjejas kali ini tertumpu di Kampung Saliliran terletak berhampiran sempadan Kalimantan, Indonesia.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-misi-kemanusiaan-penduduk-kampung-saliliran-selesai
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:52 MYT
Nabawan, 31 Oktober 2023 - Misi kemanusiaan menghantar bakul makanan kepada penduduk Pensiangan yang terjejas kali ini tertumpu di Kampung Saliliran terletak berhampiran sempadan Kalimantan, Indonesia.

Bantuan kecemasan ini adalah kesinambungan dua misi dilaksanakan badan bukan kerajaan (NGO) Forces of Love (FOL) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah.

Menerusi misi ini, kira-kira 800 kilogram (kg) makanan seperti ayam, telur, sayur-sayuran dan makanan kering diserahkan kepada 23 keluarga dan sembilan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Saliliran.

Selain itu, peralatan persekolahan turut dibawa bagi kegunaan 23 murid di sekolah berkenaan.

Pada awalnya, bantuan kali ini dirancang menggunakan laluan darat yang mengambil masa 16 jam perjalanan menggunakan pacuan empat roda dan bot selain berjalan kaki.

Namun, ihsan PDRM berjaya menyelesaikan masalah apabila bersetuju membawa semua barangan menggunakan helikopter jenis AW139.

Perjalanan udara dengan dua kali penghantaran mengambil masa setengah jam bermula dari Balai Polis Nabawan sebelum mendarat di padang Kampung Saliliran.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of 11 people, helicopter and text that says '800kg makanan untuk 23 keluarga dan sembilan guru Saliliran dibawa menggunakan helikopter mili
ArticlePublished 31 Oct 2023 6.47 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM