Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Memandu Di Bawah Pengaruh Alkohol Dadah 21 Orang Drebar Diberkas

Published: 14 Aug 2024 7.31 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Operasi yang disertai 213 pegawai anggota dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan itu dilaksanakan di Jalan Bangsar, Jalan Sultan Azlan Shah menghala Chow Kit dan Sentul serta Jalan Tun Razak menghala Ampang dan Bulatan Pahang.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-memandu-di-bawah-pengaruh-alkohol-dadah-21-orang-drebar-diberkas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:50 MYT
Kuala Lumpur, 12 Ogos 2024 - Sebanyak 967 saman dikeluarkan terhadap pengguna jalan raya yang melakukan pelbagai kesalahan lalu lintas dalam operasi bersepadu di lima lokasi sekitar ibu negara yang bermula jam 11 pagi kelmarin hingga 5 pagi semalam.

Operasi yang disertai 213 pegawai anggota dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan itu dilaksanakan di Jalan Bangsar, Jalan Sultan Azlan Shah menghala Chow Kit dan Sentul serta Jalan Tun Razak menghala Ampang dan Bulatan Pahang.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, DCP Dato’ Azry Akmar Dato’ Hj. Ayob berkata, 2,397 kenderaan diperiksa dalam operasi yang memberi tumpuan kepada motosikal yang melakukan pengubahsuaian kenderaan sehingga menyebabkan gangguan bunyi serta mencegah samseng jalanan.

“Kita menjalankan operasi setiap minggu sekitar pusat bandar raya tetapi mendapati masih ada juga aduan daripada orang awam mengenai terdapat gangguan daripada segi bunyi dan membahayakan pengguna jalan raya lain.

“Saman dikeluarkan terhadap pemilik motosikal ini kerana gagal mematuhi had pelepasan maksimum bunyi bising yang dibenarkan,” katanya pada operasi bersepadu yang dijalankan di Jalan Tun Razak di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 7 people, scooter, motorcycle and text that says 'そ POLI ANGGOTA Jabatan Siasatan dan Penguatkuasan Tralik Kuala nelakukan pemeriksaan
ArticlePublished 14 Aug 2024 7.31 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM