Artikel
Video Pilihan Kpn Hadir Perhimpunan Bulanan Anjuran Jips
Turut diadakan penyampaian khas Sijil Penarafan Lima Bintang Standard Kualiti Perkhidmatan Psikologi Sumber Manusia bagi pencapaian tahun 2023 oleh Jabatan Per...
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain dan pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir Perhimpunan Bulanan KPN anjuran Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) yang berlangsung di Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman.
Dalam amanatnya, beliau telah menegaskan pelaksanaan “total enforcement” ke atas Peraturan 3C Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang telah dikeluarkan pada 26 Ogos lalu, melalui Arahan KPN No.191 perlu dikuatkuasakan dengan lebih efektif melibatkan peranan pegawai penyelia melaksanakan “close monitoring” secara berterusan.
Turut berlangsung tadi ialah Sijil Penghargaan kepada 30 pegawai polis dan pegawai awam dari semua jabatan peringkat Bukit Aman termasuk tiga bakal pesara polis sebagai menghargai mereka yang telah mempamerkan prestasi cemerlang sepanjang perkhidmatan.
Turut diadakan penyampaian khas Sijil Penarafan Lima Bintang Standard Kualiti Perkhidmatan Psikologi Sumber Manusia bagi pencapaian tahun 2023 oleh Jabatan Perkhidmatan Awam kepada JIPS.
Pautan TikTok: https://vt.tiktok.com/ZS283JdUw/
Sumber: TikTok PDRMsiaOfficial

