Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Media Sosial Promosi Pemikiran Radikal Dipantau Timbalan Kpn

Published: 08 Sep 2024 2.12 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Bukit Aman dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini memantau media sosial yang dibimbangi mula menjadi medium mempromosi pemikiran radikal dan ekstremisme di negara ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-media-sosial-promosi-pemikiran-radikal-dipantau-timbalan-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 11:27 MYT
Bangi, 8 September 2024 - Bukit Aman dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini memantau media sosial yang dibimbangi mula menjadi medium mempromosi pemikiran radikal dan ekstremisme di negara ini.

Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pemantauan itu dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah serta Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kedua, kita juga bekerjasama dengan JAKIM dan ketiga, kita bekerjasama dengan MCMC untuk mendapatkan bantuan bagi menurunkan, menyekat atau mendapatkan maklumat lanjut berhubung sesuatu posting (hantaran di media sosial). Kita memang ada kerjasama rapat.

“Jika dahulu, cara merekrut ahli kumpulan militan, format dan caranya lain tetapi kini semuanya menerusi media sosial. Oleh itu, kita fokus kepada aspek itu dengan kerjasama pihak berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Inspektor Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi Universiti Awam ke-20 Tahun 2024 di Universiti Kebangsaan Malaysia, di sini, semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Berita Harian di lampiran.

May be an image of 2 people and text
ArticlePublished 08 Sep 2024 2.12 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM