Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Isu Tular Guna Papan Luncur Di Jalan Raya Polis Terus Jalan Siasatan

Diterbitkan: 08 Sep 2024 1.05 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Menerusi video tular itu, kejadian berkenaan dipercayai berlaku di laluan berbukit Jalan Baru di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-isu-tular-guna-papan-luncur-di-jalan-raya-polis-terus-jalan-siasatan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 08:31 MYT
Balik Pulau, 8 September 2024 - Polis memandang serius aksi seorang individu menggunakan papan luncur di jalan raya, seperti tular di media sosial sejak kelmarin.

Menerusi video tular itu, kejadian berkenaan dipercayai berlaku di laluan berbukit Jalan Baru di sini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, video berdurasi 47 saat itu dikesan pihaknya kelmarin selepas di muatnaik seorang pemilik akaun media sosial.

“Aksi individu yang menggunakan papan luncur itu boleh membahayakan keselamatan diri dan pengguna jalan raya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Kaedah-kaedah kawalan Lalu Lintas Jalan (Larangan Penggunaan Kenderaan Mikromobiliti) 2021,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Menurut Superintenden Kamarul Rizal, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta hubungi bilik gerakan polis Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya di talian 04-8664122.

"Atau boleh hubungi pegawai penyiasat di talian 013-3312026,” katanya.

Sumber: Harian Metro

May be an image of 1 person, slow loris, skateboard, motorcycle, segway, scooter, bicycle and text
ArtikelDiterbitkan 08 Sep 2024 1.05 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM