
Article
Keratan Akhbar Pilihan Mdn Akan Adakan Pertemuan Dengan Kepimpinan Pdrm Kumpul Maklumat Berkait Kegiatan Pelacuran
Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan beliau akan bertemu kepemimpinan tertinggi agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri...
Kuala Lumpur, 20 Julai 2024 - Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan beliau akan bertemu kepemimpinan tertinggi agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri untuk mendapatkan maklumat terperinci berkaitan kegiatan pelacuran.
“Saya fikir begini, sebagai agensi penguat kuasa yang terbesar tentunya pandangan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim harus disambut oleh pasukan polis. Bukan sahaja pasukan polis, tetapi agensi penguat kuasa yang lain.
“Saya akan segera mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi pasukan polis khususnya, untuk mengumpul seberapa banyak maklumat tentang gejala ini (pelacuran).
“Kemudian saya akan meminta supaya mereka menyampaikan dahulu kepada saya taklimat terperinci tentang lokasi, tentang operasi yang pernah dibuat dan sebagainya. Jadi daripada situ barulah nanti saya akan berkongsi juga apakah langkah tindakan selanjutnya,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan sesi penyerahan surat keputusan kewarganegaraan kepada seorang kanak-kanak berusia 10 tahun Muhammad Danish Haiqal Abdul Rahman di Flat Sri Kelantan, Jalan Sentul di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perhatian Perdana Menteri yang percaya wujudnya elemen rasuah berkaitan isu lubuk pelacuran di ibu negara yang masih tidak selesai sejak sekian lama.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.