Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Mat Rempit Ambang Tahun Baharu Kena Kepung

Diterbitkan: 02 Jan 2020 3.40 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Bayan Lepas, 2 Januari 2020 - Lebih 300 penunggang motosikal dikepung dalam Ops Samseng Jalanan sempena malam ambang tahun baharu di Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu di sini, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-mat-rempit-ambang-tahun-baharu-kena-kepung
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 10:16 MYT

Bayan Lepas, 2 Januari 2020 - Lebih 300 penunggang motosikal dikepung dalam Ops Samseng Jalanan sempena malam ambang tahun baharu di Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A.A. Anbalagan berkata, polis mengeluarkan lebih 400 saman atas pelbagai kesalahan termasuk tidak mempunyai lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh, menunggang motosikal secara berbahaya dan ubah suai motosikal yang keterlaluan.

Menurutnya, turut ditahan beberapa remaja bawah umur termasuk 10 penunggang motosikal wanita di kawasan lebuh raya berkenaan awal pagi semalam.

"Seramai 339 penunggang motosikal dan 146 pembonceng motosikal ditahan dalam operasi selama tiga jam yang bermula pada jam 3 pagi,” ujar beliau.

Bacaan lanjutan di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti berikut.

Keratan Akhbar Pilihan Mat Rempit Ambang Tahun Baharu Kena Kepung
ArtikelDiterbitkan 02 Jan 2020 3.40 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM