
Utamakan Keselamatan Anak Anda Pergi Dan Balik Dari Sekolah
#PesananKhidmatMasyarakat
Sesi persekolahan bagi tahun 2020 telah pun bermula hari ini. Meskipun sibuk menguruskan keperluan anak-anak, para ibu bapa dan penjaga diingatkan juga untuk tidak mengabaikan keselamatan mereka ketika berada di sekolah.
Ayuh ikuti langkah-langkah keselamatan ini bagi memastikan keselamatan anak anda sentiasa terjamin sepanjang berada di kawasan sekolah.
1. Letakkan maklumat penting seperti nombor telefon dan alamat rumah pada beg anak-anak yang baru memasuki alam persekolahan.
2. Ingatkan mereka untuk tidak keluar dari kawasan sekolah selagi tidak dijemput oleh ibu bapa atau bas sekolah yang ditetapkan.
3. Maklumkan kepada anak-anak untuk tidak mudah percaya atau berkomunikasi dengan individu yang tidak dikenali. Jika seseorang cuba mendekati, segera maklumkan kepada pihak pegawal keselamatan sekolah dengan segera.
4. Pastikan mereka tahu peraturan asas jalan raya seperti berhati-hati ketika melintas jalan, tidak berdiri di tangga pintu bas atau tidak berlari berhampiran jalan raya kerana ianya boleh mengundang bahaya.
Sumber imej: Portal GPS Bestari