
Article
Keratan Akhbar Pilihan Masuk Fasa Mencabar Kewibawaan Polis
Kuala Lumpur, 12 Mac 2024 - Jenayah siber dan penyalahgunaan bahan seperti dadah memasuki fasa yang mencabar kewibawaan dan siap siaga Pasukan polis.
Kuala Lumpur, 12 Mac 2024 - Jenayah siber dan penyalahgunaan bahan seperti dadah memasuki fasa yang mencabar kewibawaan dan siap siaga Pasukan polis.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, situasi itu adalah fenomena global yang bukan sahaja berlaku di Malaysia.
“Justeru, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil inisiatif menganjur dialog ini dengan delegasi yang datang mempunyai pengalaman dan kemahiran berbeza.
“Melalui platform ini, ia akan membolehkan perkongsian maklumat, kepakaran dan pengetahuan khusus untuk menangani dua permasalahan ini dikongsi,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media dalam Program Dialog Khas PDRM di Maktab PDRM di sini, semalam.
Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.