Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Polis Berkas 25 Individu Setelah Mereka Didapati Positif Ketamin Syabu Benzo

Diterbitkan: 12 Mar 2024 4.23 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Lumut, 12 Mac 2024 - Tembelang satu sindiket dadah yang beroperasi di sebuah pusat hiburan untuk menjual dan mengedar bahan khayal itu dalam kalangan pengunjung terbongkar apabila diserbu polis di Sitiawan dekat sini kelmarin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-polis-berkas-25-individu-setelah-mereka-didapati-positif-ketamin-syabu-benzo
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:28 MYT
Lumut, 12 Mac 2024 - Tembelang satu sindiket dadah yang beroperasi di sebuah pusat hiburan untuk menjual dan mengedar bahan khayal itu dalam kalangan pengunjung terbongkar apabila diserbu polis di Sitiawan dekat sini kelmarin.

Serbuan pada tengah malam itu berjaya memberkas 25 individu yang didapati positif Ketamin, Syabu dan Benzo selepas membuat pemeriksaan ke atas 152 pengunjung.

Ketua Polis Perak, CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri memberitahu, mereka yang ditahan merupakan lelaki tempatan dan wanita Vietnam berusia antara 21 hingga 41 tahun.

Katanya, enam wanita Vietnam itu bekerja sebagai pelayan pelanggan tanpa permit.

“Serbuan dilakukan susulan penangkapan ke atas seorang lelaki berusia 28 tahun bersama lima paket jus minuman berperisa dadah di hadapan pusat hiburan itu pada pukul 12.35 tengah malam.

“Turut dirampas ialah dadah jenis Ketamin dan Pil Eramin 5 yang keseluruhannya bernilai RM2,936. Suspek turut didapati positif Syabu,” katanya.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.
 
ArtikelDiterbitkan 12 Mar 2024 4.23 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM