Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Masih Ada Cubaan Penculikan Dan Jenayah Rentas Sempadan Pjp Sabah

Published: 16 Nov 2020 3.11 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kota Kinabalu, 16 November 2020 - Pasukan keselamatan mendedahkan aktiviti penculikan dan jenayah rentas sempadan masih berlaku di perairan negeri ini yang dipercayai didalangi oleh kumpulan Abu Sayyaf.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-masih-ada-cubaan-penculikan-dan-jenayah-rentas-sempadan-pjp-sabah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 22:08 MYT

Kota Kinabalu, 16 November 2020 - Pasukan keselamatan mendedahkan aktiviti penculikan dan jenayah rentas sempadan masih berlaku di perairan negeri ini yang dipercayai didalangi oleh kumpulan Abu Sayyaf.

Pesuruhjaya Polis (PJP) Sabah, CP Dato’ Hazani Ghazali berkata, susulan perkembangan terbaharu itu, arahan perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) yang berakhir esok akan dilanjutkan lagi sehingga 1 Disember.

Katanya, perintah berkurung berkenaan membabitkan perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.

"Semua penduduk yang tinggal di kawasan ini dilarang menghampiri atau berada di kawasan diisytihar antara 6 petang sehingga 6 pagi.

"Perintah ini diteruskan sebagai langkah memastikan kawasan perairan tidak diceroboh pengganas yang mengancam keselamatan penyelidik antarabangsa yang menjalankan penyelidikan dan pelancong asing yang melawat pulau peranginan.

"Selain itu, maklumat juga mendedahkan terdapat kumpulan yang menjalankan kegiatan "Kidnapping For Ransom" (KFR) selain kumpulan Abu Sayyaf masih cuba menceroboh ke kawasan ini untuk melakukan penculikan dan jenayah rentas sempadan yang lain," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Kosmo.

Sumber:
ArticlePublished 16 Nov 2020 3.11 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM