Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Masalah Keluarga Tekanan Mental Dorong Seks Usia Muda

Published: 23 May 2024 6.09 AM Updated: 15 Aug 2026 8.13 PM
Kuala Lumpur, 23 Mei 2024 - Kanak-kanak dan remaja yang berdepan isu psikososial serta kesihatan mental kurang baik, cenderung melakukan hubungan seks pada usia muda.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-masalah-keluarga-tekanan-mental-dorong-seks-usia-muda
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:49 MYT
Kuala Lumpur, 23 Mei 2024 - Kanak-kanak dan remaja yang berdepan isu psikososial serta kesihatan mental kurang baik, cenderung melakukan hubungan seks pada usia muda.

Pakar Perunding Kanan Psikiatri, Universiti Malaya, Profesor Madya Dr. Muhammad Muhsin Ahmad Zahari berkata, isu psikososial membabitkan masalah dengan ibu bapa dan tekanan keluarga akan mendedahkan remaja kepada perkembangan sahsiah diri dan personaliti.

Katanya, remaja yang berdepan masalah keluarga cenderung mempunyai hubungan lebih akrab dengan orang lain.

“Pergaulan yang tidak dikawal boleh mendorong kepada keintiman termasuklah daripada aspek seksual. Sekiranya orang itu mengambil kesempatan maka wujudlah risiko hubungan seksual.

“Penyakit mental bukan pendorong utama, namun sekiranya ditambah dengan faktor lain seperti pergaulan tidak dikawal, kurang pengetahuan dan didikan kurang baik, ia akan mendedahkan remaja kepada risiko perhubungan seksual,” katanya.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.
 
ArticlePublished 23 May 2024 6.09 AMUpdated 15 Aug 2026 8.13 PM