Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Mara Penuhi Janji Bantu Anak Polis

Diterbitkan: 22 Mar 2023 6.15 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 22 Mac 2023 – Majlis Amanah Rakyat (MARA) komited untuk memberikan sokongan pendidikan kepada tiga anak pegawai polis yang terkorban dalam serangan pengganas Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah, pada 1 Mac 2013.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-mara-penuhi-janji-bantu-anak-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:00 MYT
Kuala Lumpur, 22 Mac 2023 – Majlis Amanah Rakyat (MARA) komited untuk memberikan sokongan pendidikan kepada tiga anak pegawai polis yang terkorban dalam serangan pengganas Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah, pada 1 Mac 2013.

Pengerusi MARA, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sokongan yang diberikan itu adalah sebagai memenuhi janji oleh pihaknya kepada kanak-kanak itu 10 tahun lalu.

“Bantuan sokongan pendidikan ini adalah sebagai menghargai bakti dan jasa pengorbanan besar yang dilakukan oleh Allahyarham ASP Zulkifli Mamat.

“Sebaik menerima maklumat ini dari laporan Berita Harian semalam (kelmarin), MARA terus bertindak pantas dan menghubungi balu Allahyarham, Puan Nooraizah Noor dan cuba mendapatkan gambaran sebenar," katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan bersama balu dan tiga anak Allahyarham di Ibu Pejabat MARA, di sini semalam.

Beliau berkata, selepas insiden serangan yang menyebabkan Allahyarham ASP Zulkifli terkorban, banyak pihak yang tampil menyatakan simpati termasuk MARA yang turut menawarkan bantuan bagi membantu anak-anak mereka apabila tiba masanya.

“MARA akan memberi bantuan sokongan terutamanya bagi proses kemasukan anak-anak Allahyarham ke dalam institusi pengajian di bawah agensi itu.

"Ketika 10 tahun lalu, anak-anaknya masih kecil lagi dan Akib anak yang paling sulung masa itu berusia lima tahun dan sekarang sudah Tingkatan Tiga. Bila kita tanya Akib, pertama sekali dia cakap nak pergi Maktab Rendah Sains MARA (MRSM),” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text that says 'JAINJ, polis buru 4 ahli Si Hulk hina Islam, Nabi Jawatankuasa Hal Khalid pengikut Video tular di Tiktok bu
ArtikelDiterbitkan 22 Mar 2023 6.15 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM