Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Mantapkan Keselamatan Elak Scammer

Published: 08 Oct 2022 2.03 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 8 Oktober 2022 - Kerajaan akan melaksanakan pelbagai langkah baharu bagi membendung jenayah scam dengan segera.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-mantapkan-keselamatan-elak-scammer
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 15:57 MYT
Kuala Lumpur, 8 Oktober 2022 - Kerajaan akan melaksanakan pelbagai langkah baharu bagi membendung jenayah scam dengan segera.

Ia membabitkan penubuhan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC), satu usaha sama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Pusat Jenayah Kewangan Kebangsaan (NFCC) serta institusi kewangan.

Pusat itu akan mula beroperasi Oktober ini dan bertindak berdasarkan laporan diterima untuk menyekat akaun serta mengambil tindakan ke atas penjenayah.

Selain itu, langkah keselamatan untuk perbankan internet oleh institusi perbankan diperketatkan dengan menghentikan penggunaan one-time-password (OTP) yang berasaskan sistem pesanan ringkad (SMS) bagi transaksi berisiko tinggi.

Satu platform juga akan disediakan bagi orang ramai melaporkan akaun atau nombor yang disyaki digunakan penjenayah tipu dalam talian, selain memperhebat tahap kesedaran literasi kewangan dan digital pengguna demi mengurangkan risiko menjadi mangsa penipuan.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian Online seperti berikut.
 
ArticlePublished 08 Oct 2022 2.03 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM