Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Malaysia Airports Komited Perangi Aktiviti Penyeludupan Hidupan Liar

Diterbitkan: 21 Apr 2025 6.45 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.05 PM
Kuala Lumpur, 21 April 2025 - Keselamatan Penerbangan (AVSEC), pasukan di bawah Malaysia Airports Holdings Berhad memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan lapangan terbang di seluruh negara berada pada tahap tertinggi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-malaysia-airports-komited-perangi-aktiviti-penyeludupan-hidupan-liar
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:31 MYT
Kuala Lumpur, 21 April 2025 - Keselamatan Penerbangan (AVSEC), pasukan di bawah Malaysia Airports Holdings Berhad memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan lapangan terbang di seluruh negara berada pada tahap tertinggi.

Sebagai barisan hadapan dalam perlindungan infrastruktur penerbangan, AVSEC bertanggungjawab untuk mengawal keselamatan terminal, mengawasi kawalan akses, serta menjalankan pemeriksaan penumpang dan bagasi bagi mencegah sebarang ancaman.

Dengan mematuhi piawaian keselamatan antarabangsa yang ditetapkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia, AVSEC berperanan untuk memastikan keselamatan lapangan terbang, namun begitu, AVSEC turut berusaha dalam membantu pihak berkuasa dalam menangani ancaman keganasan, penyeludupan dan sebarang aktiviti yang boleh menjejaskan operasi penerbangan.

la telah membentuk perkongsian penting dengan badan-badan kerajaan utama, termasuk Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara, Kastam Diraja Malaysia dan Biro Jenayah Hidupan Liar, Polis Diraja Malaysia.

Kerjasama ini telah mengukuhkan usahanya untuk memerangi penyeludupan haiwan liar keluar dan masuk ke Malaysia.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of ‎text that says '‎Malaysia Airports komited perangi aktiviti penyeludupan hidupan liar Selama bertahun sentlasa erubah peningka Jali


ArtikelDiterbitkan 21 Apr 2025 6.45 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.05 PM