Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Majlis A Tribute To Tun Hanif Omar Allahyarham Sangat Teliti

Published: 14 Sep 2024 4.06 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Bekas Komander UTK, Datuk Meor Chek Hussien Mahayuddin berkata, kebijaksanaan Allahyarham Tun Mohammed Hanif dalam menjangkakan sesuatu perkara membawa kepada penubuhan UTK pada 1 Januari 1975, terutama apabila berlakunya ancaman keganasan antarabangsa di Timur Tengah yang berkemungkinan turut merebak ke Malaysia.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-majlis-a-tribute-to-tun-hanif-omar-allahyarham-sangat-teliti
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:19 MYT
Kuala Lumpur, 14 September 2024 - Bekas Ketua Polis Negara, Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar yang memegang jawatan tertinggi Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu selama 20 tahun bermula Jun 1974, adalah individu penting di sebalik penubuhan pasukan khas barisan hadapan menentang keganasan iaitu Unit Tindakhas (UTK).

Bekas Komander UTK, Datuk Meor Chek Hussien Mahayuddin berkata, kebijaksanaan Allahyarham Tun Mohammed Hanif dalam menjangkakan sesuatu perkara membawa kepada penubuhan UTK pada 1 Januari 1975, terutama apabila berlakunya ancaman keganasan antarabangsa di Timur Tengah yang berkemungkinan turut merebak ke Malaysia.

“Ketika itulah beliau mencadangkan untuk wujudkan UTK bagi membanteras kegiatan keganasan dan jangkaan terbabit terbukti betul apabila pada 1976 negara dikejutkan dengan krisis tebusan Bangunan AIA.

“Tiga bulan kemudian berlaku satu lagi situasi krisis tebusan feri di Johor. Ini membayangkan beliau sudah menjangkakan perkara ini berlaku dan beliau sudah pun ada perancangan,” katanya ketika ditemui pada Majlis A Tribute To Tun Hanif Omar di Maktab PDRM, Cheras di sini, baru-baru ini.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 3 people, headscarf, dais and text
ArticlePublished 14 Sep 2024 4.06 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM