Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Lupus 985 Mesin Bitcoin Rm1 97 Juta

Diterbitkan: 20 Aug 2024 3.28 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Hafezul Helmi Hamzah berkata, selain barang rampasan, dua lelaki warga tempatan turut ditahan dalam tempoh sama
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-lupus-985-mesin-bitcoin-rm1-97-juta
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:35 MYT
Perak Tengah, 20 Ogos 2024 - Sebanyak 985 unit mesin dan peralatan melombong bitcoin bernilai kira-kira RM1.97 juta yang dirampas di sekitar daerah ini dalam tempoh 2022 hingga April 2024, dilupuskan pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Hafezul Helmi Hamzah berkata, selain barang rampasan, dua lelaki warga tempatan turut ditahan dalam tempoh sama.

“Semua rampasan ini melibatkan 12 kes yang sembilan daripadanya direkodkan pada 2022, dua kes bagi 2023 dan satu kes pada tahun ini.

“Daripada siasatan dijalankan, mereka yang ditahan menggunakan beberapa premis di sekitar daerah ini untuk menjalankan aktiviti tidak bermoral itu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah di sini pada Isnin.

Hafezul Helmi berkata pelupusan barang kes itu dilakukan dengan mendapat arahan Pejabat Timbalan Pendakwa Raya selepas kes terbabit selesai di mahkamah.

“Proses pelupusan barang ini dilakukan oleh ejen berlesen dan berdaftar di bawah Jabatan Alam Sekitar (JAS) iaitu sebuah syarikat dari Klang, Selangor.

“Selain itu, ia dilakukan secara kaedah pelupusan terjadual iaitu e-waste dan sisa pepejal di bawah Jadual Pertama Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005,” katanya.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian di lampiran.

May be an image of 3 people and text
ArtikelDiterbitkan 20 Aug 2024 3.28 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM