
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Lindungi Kanak Kanak Daripada Ekstremisme Di Media Sosial
Rancangan mewujudkan pengganas ditulis secara terperinci bersama kiasan neo-Nazi dalam manifestonya. Senarai sasaran termasuk pejabat pos, pub, sekolah dan ban...
Dekad kebelakangan ini menyaksikan senario baharu menakutkan dan berbahaya terhadap kanak-kanak diajar untuk membenci, merekrut orang lain dan merancang serangan pengganas.
Walaupun beberapa skim digagaskan golongan pelampau kanan muda berjaya digagalkan, ia menjadi ancaman baharu yang perlu dipantau.
Rancangan mewujudkan pengganas ditulis secara terperinci bersama kiasan neo-Nazi dalam manifestonya. Senarai sasaran termasuk pejabat pos, pub, sekolah dan bank di beberapa negara di Eropah, selain turut menyenaraikan sekurang-kurangnya 19 senjata api diimpikan untuk memperolehnya.
Plot itu walaupun menakutkan, tidak semestinya mengejutkan bagi penganalisis keganasan sayap kanan. Banyak tema ideologi, justifikasi dan sasaran sudah menjadi kebiasaan.
Adalah penting usaha memerangi keganasan, termasuk strategi yang lebih tertumpu pada kesediaan dan perlindungan jangka panjang, bukannya reaksi semata-mata.
Langkah drastik diperlukan segera untuk memastikan golongan remaja, terutama mereka mengalami kelemahan seperti buli, pengecualian dan isu kesihatan mental, dikenal pasti serta mendapat bantuan yang mereka perlukan.
Langkah drastik diperlukan segera untuk memastikan golongan remaja, terutama mereka mengalami kelemahan seperti buli, pengecualian dan isu kesihatan mental, dikenal pasti serta mendapat bantuan yang mereka perlukan.
Ikuti kupasan lanjut mengenai isu ini bersama Profesor Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Profesor Datuk Dr. Ismail Sualman melalui akhbar terbitan Berita Harian.