Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Lima Remaja Buat Aksi Berbahaya Halang Laluan Ambulans Mengaku Tunggang Melulu

Published: 30 Oct 2025 2.18 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Kangsar, 30 Oktober 2025 - Mahkamah Majistret, di sini, semalam, membenarkan jaminan RM1,500 setiap seorang kepada lima remaja yang ditahan selepas terbabit kejadian menunggang motosikal secara berbahaya serta menghalang laluan ambulans di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), dua minggu lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-lima-remaja-buat-aksi-berbahaya-halang-laluan-ambulans-mengaku-tunggang-melulu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:19 MYT


Kuala Kangsar, 30 Oktober 2025 - Mahkamah Majistret, di sini, semalam, membenarkan jaminan RM1,500 setiap seorang kepada lima remaja yang ditahan selepas terbabit kejadian menunggang motosikal secara berbahaya serta menghalang laluan ambulans di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), dua minggu lalu.

Jaminan terhadap lima tertuduh itu diputuskan selepas kelima-lima pelajar sekolah terbabit membuat pengakuan bersalah ketika dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan menunggang motosikal secara berbahaya.

Semua tertuduh berusia 17 tahun itu, membuat pengakuan bersalah sewaktu pertuduhan terhadap mereka dikemukakan secara berasingan di hadapan Majistret Mohd Shazmeer Zamhari.

Berdasarkan kertas pertuduhan, kelima-lima tertuduh didapati menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya di Kilometer (KM) 249, Lebuhraya PLUS arah selatan, di sini kira-kira jam3.15 petang, 19 Oktober lalu.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of text
ArticlePublished 30 Oct 2025 2.18 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM