Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Jsjn Terima Penghargaan Kementerian Dalam Negeri Singapura Bukti Komitmen Perangi Jenayah Narkotik

Diterbitkan: 30 Oct 2025 2.15 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Singapura, 30 Oktober 2025 – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Polis Diraja Malaysia menerima surat penghargaan dari Kementerian Dalam Negeri Singapura (Ministry For Home Affairs Singapore) atas kejayaan bersama Central Narcotics Bureau (CNB) Singapura di Home Team Academy, di sini semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-jsjn-terima-penghargaan-kementerian-dalam-negeri-singapura-bukti-komitmen-perangi-jenayah-narkotik
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 00:54 MYT


Singapura, 30 Oktober 2025 – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Polis Diraja Malaysia menerima surat penghargaan dari Kementerian Dalam Negeri Singapura (Ministry For Home Affairs Singapore) atas kejayaan bersama Central Narcotics Bureau (CNB) Singapura di Home Team Academy, di sini semalam.

Majlis penyampaian surat penghargaan tersebut telah disempurnakan oleh Minister For Home Affairs and Coordinating Minister For National Security, Mr. K Shanmugam kepada Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (Risikan/Operasi) Bukit Aman, DCP Datuk Mat Zani@Mohd Salahuddin.

Surat penghargaan tersebut merupakan pengiktirafan antarabangsa terhadap profesionalisme, kecekapan dan dedikasi JSJN dalam memerangi jenayah narkotik bersama agensi negara jiran selain hasil daripada perkongsian maklumat risikan kedua-dua pihak yang membawa kepada pembanterasan sindiket transnasional dadah.

Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Risikan/Perhubungan Antarabangsa) Bukit Aman, SAC Mohd Afzainizam Yahaya.

ArtikelDiterbitkan 30 Oct 2025 2.15 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM