Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Lima Dicekup Padah Merempit Di Lebuh Raya Guthrie

Published: 12 May 2024 6.03 AM Updated: 15 Aug 2026 8.14 PM
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-lima-dicekup-padah-merempit-di-lebuh-raya-guthrie
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 15:00 MYT
Sungai Buloh, 12 Mei 2024 – Perbuatan lima penunggang motosikal melakukan aksi berbahaya iaitu “superman” dan “zig-zag” mengundang padah apabila mereka ditahan di Lebuh Raya Guthrie.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, DCP Dato’ Mohd Nasri Omar berkata, tangkapan itu dibuat menerusi Op Samseng Jalanan yang dijalankan oleh Unit Risikan/Operasi JSPT Bukit Aman.
Menurut beliau, operasi yang bermula pada pukul 2 pagi itu membawa kepada penahanan lima lelaki berusia 17 hingga 23 tahun.

“Tangkapan pertama melibatkan dua penunggang, manakala tiga lagi ditahan di lokasi berasingan selepas mereka dikesan menunggang secara melulu dan berbahaya,” ujarnya.
Kelima-lima pemuda itu dibawa ke Balai Trafik Daerah Sungai Buloh untuk siasatan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.
 
ArticlePublished 12 May 2024 6.03 AMUpdated 15 Aug 2026 8.14 PM