Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Lima 23 Larangan Terbangkan Dron Tiga Hari Di Langkawi

Published: 10 May 2023 3.02 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Ini berikutan dalam tempoh itu berlangsung Eksesais Mencari dan Menyelamat (SAREX) sempena penganjuran Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA '23).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-lima-23-larangan-terbangkan-dron-tiga-hari-di-langkawi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:07 MYT
Langkawi, 10 Mei 2023 - Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) menasihatkan orang ramai di pulau peranginan ini tidak menerbangkan dron selama tiga hari mulai hari ini.

Ini berikutan dalam tempoh itu berlangsung Eksesais Mencari dan Menyelamat (SAREX) sempena penganjuran Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA '23).

CAAM dalam kenyataan berkata, larangan itu bagi mengelak kejadian tidak diingini terutama membabitkan aspek keselamatan.

"Ia termasuk keselamatan orang ramai serta pasukan penyelamat yang sedang melaksanakan latihan mencari dan menyelamat (SAR) di beberapa lokasi utama di sekitar pulau pelancongan itu.

"Bahkan, penggunaan dron tanpa kelulusan juga dikhuatiri boleh mengganggu pergerakan latihan yang menggunakan aset udara khususnya helikopter," kata kenyataan itu.

CAAM turut mengingatkan bahawa sebarang aktiviti penerbangan termasuk pengendalian aktiviti dron yang boleh mengundang bahaya kepada orang awam atau harta benda adalah tertakluk di bawah Seksyen 4 Akta Penerbangan Awam 1969 (Akta 3); Peraturan 98, Peraturan 140-144, Peraturan Penerbangan Awam dan Civil Aviation Directives (CADs).

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of text that says 'mulaisemalar semalam LIMA '23 Larangan terbangkan dron 3 hari di Langkawi Langkawi: Pihak Berkuasa Pe- bangan terma
ArticlePublished 10 May 2023 3.02 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM