
Article
Keratan Akhbar Pilihan Lelaki Warga Myanmar Didenda Rm7 000 Hina Pdrm
Ampang, 17 Januari 2025 - Seorang lelaki warga Myanmar didenda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam, kerana mengaib dan menghina Polis Diraja Malay...
Ampang, 17 Januari 2025 - Seorang lelaki warga Myanmar didenda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam, kerana mengaib dan menghina Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam aplikasi TikTok, tahun lalu.
Pekerja pusat mencuci kereta, Ramzan Ali Noor Din, 38, dikenakan hukuman selepas menukar pengakuan bersalah ketika prosiding serahan dokumen di hadapan Majistret Amalina Basirah Md Top.
Pada 8 November tahun lalu, Ramzan Ali mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan perpecahan keamanan menerusi video di aplikasi sosial itu atas nama ‘theintheinzaw403'.
Sumber: Harian Metro
All reactions:
108108