Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Lelaki Mabuk Pandu Lawan Arus Ditahan

Published: 25 Oct 2021 5.24 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Port Dickson, 25 Oktober 2021 – Polis menahan seorang jurutera lelaki yang memandu melawan arus hingga menyebabkan kemalangan dengan dua kereta dan mencederakan seorang pemandu di Kilometer 26 Lebuh Raya Seremban - Port Dickson, di sini, awal pagi semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-lelaki-mabuk-pandu-lawan-arus-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 17:47 MYT
Port Dickson, 25 Oktober 2021 – Polis menahan seorang jurutera lelaki yang memandu melawan arus hingga menyebabkan kemalangan dengan dua kereta dan mencederakan seorang pemandu di Kilometer 26 Lebuh Raya Seremban - Port Dickson, di sini, awal pagi semalam.

Nahas kira-kira jam 2.45 pagi itu menyebabkan pemandu Proton Saga berusia 31 tahun yang dilanggar kenderaan dipandu jurutera terbabit patah paha kanan dan dimasukkan ke Hospital Port Dickson untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed, berkata siasatan awal mendapati suspek berusia 29 tahun yang memandu kenderaan pacuan empat roda Ford Ranger melawan arus dari arah Port Dickson ke arah Seremban, di bawah pengaruh alkohol.

Superintendan Aidi Sham berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 44(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kecederaan pada pihak lain dan Seksyen 42(1) akta sama kerana memandu secara melulu serta berbahaya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of outdoors and text
ArticlePublished 25 Oct 2021 5.24 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM