Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Lelaki Lempar Kucing Serah Diri

Published: 23 Sep 2020 1.34 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Setapak, 23 September 2020 - Polis telah merakam keterangan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes melempar seekor kucing di hadapan sebuah kedai di sini, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-lelaki-lempar-kucing-serah-diri
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:19 MYT

Setapak, 23 September 2020 - Polis telah merakam keterangan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes melempar seekor kucing di hadapan sebuah kedai di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata, lelaki berusia 36 tahun itu telah tampil ke Balai Polis Setapak untuk dirakam keterangan pada jam 11.30 pagi semalam.

"Dia kini dalam proses memberikan keterangan lanjut berhubung kejadian kepada pegawai penyiasat kes.

"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati lelaki itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau" katanya dalam kenyataan media semalam.

Menurutnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 29 (1)(a) Akta Binatang 1953 (Pindaan 2013).

"Orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Siti Aisyah Mohd Nor di talian 013-933 8214 atau pegawai penyiasat kanan, ASP Shahrizal Salleh di talian 017-713 4705, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran." katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti berikut.

Sumber: Sinar Harian

Image may contain: text
ArticlePublished 23 Sep 2020 1.34 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM