Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Pdrm Tidak Pandang Ringan Maklumat Kemasukan Rakyat Negara Jiran Kacau Prn Sabah Timbalan Kpn

Diterbitkan: 23 Sep 2020 12.46 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 23 September 2020 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak sesekali memandang ringan berhubung maklumat diterima berkaitan kemasukan beramai-ramai rakyat negara jiran yang ingin membuat kekacauan ketika proses pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Sabtu ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-pdrm-tidak-pandang-ringan-maklumat-kemasukan-rakyat-negara-jiran-kacau-prn-sabah-timbalan-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 09:08 MYT

Kuala Lumpur, 23 September 2020 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak sesekali memandang ringan berhubung maklumat diterima berkaitan kemasukan beramai-ramai rakyat negara jiran yang ingin membuat kekacauan ketika proses pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Sabtu ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani berkata, pihaknya sentiasa bersiap siaga dalam menghadapi apa jua kemungkinan.

"Polis sentiasa bersiap sedia bagi situasi PRN di Sabah ini dengan bantuan yang mencukupi termasuk dari Bukit Aman sendiri yang mampu menangani apa jua insiden yang dijangka berlaku termasuk maklumat kemasukan rakyat negara jiran.

"Ia turut ditambah dengan bantuan daripada pasukan keselamatan lain seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Rela dan tidak lupa juga Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) yang sentiasa bersedia memastikan keselamatan sebelum, semasa dan selepas pilihan raya Sabah," katanya pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Peringkat Bukit Aman, di sini, hari ini.

Ahad lepas, Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Dato’ Hazani Ghazali berkata, pihaknya mendapat maklumat mengenai kemasukan besar-besaran rakyat dari negara jiran untuk membuat kekacauan pada hari pengundian PRN Sabah, Sabtu ini.

Sementara itu, Dato’ Sri Acryl Sani berkata, jumlah pegawai dan anggota polis yang dihantar ke Sabah mencukupi setakat ini.

Sumber: BERNAMA

Artikel Pilihan Pdrm Tidak Pandang Ringan Maklumat Kemasukan Rakyat Negara Jiran Kacau Prn Sabah Timbalan Kpn
ArtikelDiterbitkan 23 Sep 2020 12.46 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM