Article
Keratan Akhbar Pilihan Lelaki Ditahan Lakukan Jual Beli Hidupan Liar
Nibong Tebal, 23 Mei 2024 - Kegiatan menjual pelbagai spesies hidupan liar dengan menjadikan kediaman di Kampung Tanah Kebun di sini sebagai tempat simpanan te...
Nibong Tebal, 23 Mei 2024 - Kegiatan menjual pelbagai spesies hidupan liar dengan menjadikan kediaman di Kampung Tanah Kebun di sini sebagai tempat simpanan terbongkar, Ahad lalu.
Aktiviti seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun itu dikesan hasil risikan sepasukan Unit Risikan Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Pinang bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Pulau Pinang.

Menurutnya, pelbagai spesies burung dirampas iaitu disyaki empat ekor Green Checked Conure, Masked Love Bird (6), Sun Conure (1), Peach Faced Love Bird (10), Fischer Love Bird (6) dan Rose Ringed Parakeet (1).
“Turut dirampas ialah seekor kongkang. Kesemua hidupan liar ini ditemui di pondok hadapan rumah suspek," katanya.
Beliau berkata, anggaran nilai rampasan berjumlah RM15,000.
Katanya, lelaki terbabit dipercayai terlibat dalam aktiviti menjual beli hidupan liar tanpa permit atau dokumen sah daripada Jabatan PERHILITAN.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian.