Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Lelaki Dera Kucing Tular Di Media Sosial Akhirnya Dicekup Polis

Published: 26 Nov 2024 7.10 AM Updated: 15 Aug 2026 6.54 PM
Kuala Lumpur, 26 November 2024 - Polis menahan seorang lelaki selepas disyaki mendera seekor kucing di sebuah taman perumahan di Jalan Klang Lama, di sini, pada Ahad.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-lelaki-dera-kucing-tular-di-media-sosial-akhirnya-dicekup-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:19 MYT
Kuala Lumpur, 26 November 2024 - Polis menahan seorang lelaki selepas disyaki mendera seekor kucing di sebuah taman perumahan di Jalan Klang Lama, di sini, pada Ahad.

Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato' Rusdi Mohd Isa berkata, pihaknya terkesan satu rakaman video tular berdurasi sembilan saat dimuat naik seorang pemilik akaun Tiktok pada jam 5.26 petang pada Sabtu.

“Rakaman video ini memaparkan seorang lelaki menganiaya seekor kucing dengan menariknya menggunakan tali dijerut pada leher haiwan terbabit,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Rusdi berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields menahan seorang lelaki berusia 43 tahun di kediamannya pada jam 6.10 petang.

“Satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau berkata, polis sudah membuat permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi melengkapkan siasatan.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.
 
ArticlePublished 26 Nov 2024 7.10 AMUpdated 15 Aug 2026 6.54 PM