Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Lebuh Raya Litar Mat Rempit

Published: 09 Sep 2024 3.27 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 9 September 2024 - Lebuhraya Duta-Ulu Kelang, Lebuhraya Utara Selatan dan Lebuhraya Kajang-Seremban adalah antara lokasi yang menjadi pilihan untuk mat rempit beraksi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-lebuh-raya-litar-mat-rempit
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:29 MYT
Kuala Lumpur, 9 September 2024 - Lebuhraya Duta-Ulu Kelang, Lebuhraya Utara Selatan dan Lebuhraya Kajang-Seremban adalah antara lokasi yang menjadi pilihan untuk mat rempit beraksi.

Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri berkata, pihaknya turut mengesan beberapa lokasi lain yang menjadi pilihan mat rempit termasuk Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Pantai Barat dan Lebuhraya Pantai Timur.

“Berdasarkan statistik sebanyak 2,241 tangkapan dibuat di seluruh negara terhadap mat rempit bagi tempoh sepanjang tahun lalu.

“Jumlah itu dijangka meningkat pada tahun ini berdasarkan jumlah tangkapan direkodkan sehingga Julai lalu adalah seramai 1,122 tangkapan.

“Kebanyakan individu yang ditahan terbabit dengan kegiatan rempit adalah berusia antara 16 hingga 35 tahun,” katanya.

Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Harian Metro di lampiran.
 
ArticlePublished 09 Sep 2024 3.27 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM