
Article
Keratan Akhbar Pilihan Lbs Bina Surau Rm5 Juta
Cameron Highlands, 6 Mac 2023 - Pemaju perumahan terkemuka, LBS Bina Group Berhad (LBS) menyalurkan peruntukan RM5 juta bagi projek pembinaan surau baharu di I...
Cameron Highlands, 6 Mac 2023 - Pemaju perumahan terkemuka, LBS Bina Group Berhad (LBS) menyalurkan peruntukan RM5 juta bagi projek pembinaan surau baharu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cameron Highlands, Pahang.
Katanya, projek berkenaan sebahagian daripada usaha Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) LBS untuk mewujudkan impak positif dalam kalangan komuniti.
“Sebagai pemaju di Cameron Centrum, sebuah projek pembangunan komersial, kami percaya dengan pembinaan surau dilengkapi kemudahan bersesuaian dapat meningkatkan kesejahteraan masyarakat IPD di samping menyokong pembangunan di Cameron Highlands.
“Syarikat yakin terhadap pelaburan yang memberi manfaat kepada kesejahteraan masyarakat kerana ia memberi kesan yang positif kepada negara, sejajar dengan visi kami untuk terus konsisten dalam Memperkasa Individu, Meningkatkan Komuniti,” katanya sempena majlis pecah tanah pembinaan surau IPD Cameron Highlands, kelmarin.
Majlis pecah tanah surau itu disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.
Turut berangkat ke majlis itu ialah DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj dengan dihadiri Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Razarudin Husain.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro di lampiran.