Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Larangan Bawah 16 Tahun Buka Akaun Media Sosial Disasar Tahun Depan

Published: 24 Nov 2025 3.26 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 24 November 2025 - Kerajaan menyasarkan larangan ke atas golongan berusia bawah 16 tahun membuka akaun media sosial untuk bermula tahun depan, kata Menteri Komunikasi, Datuk Ahmad Fahmi Fadzil.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-larangan-bawah-16-tahun-buka-akaun-media-sosial-disasar-tahun-depan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:39 MYT

Kuala Lumpur, 24 November 2025 - Kerajaan menyasarkan larangan ke atas golongan berusia bawah 16 tahun membuka akaun media sosial untuk bermula tahun depan, kata Menteri Komunikasi, Datuk Ahmad Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, larangan berkenaan berasaskan keputusan Kabinet bagi mengekang jenayah siber rentas usia termasuk melindungi kanak-kanak daripada pemangsa seksual.

“Kita harap menjelang tahun depan, platform media sosial akan akur dengan keputusan kerajaan untuk melarang kanak-kanak bawah 16 tahun membuka akaun media sosial,” katanya ketika ditemui media pada Majlis Perasmian Penutup Seminar Kesedaran Penipuan Siber Komuniti India Lembah Pantai, di sini semalam.

Selain melalui Akta Keselamatan Dalam Talian dan Akta Komunikasi dan Multimedia, kerajaan juga sedang meneliti pelaksanaan had umur umum seperti yang dilakukan Australia dan negara lain terutama dari segi mekanisme penguatkuasaan.

“Negara berbeza mungkin mengambil pendekatan yang berbeza, namun kita akan mengkaji kaedah paling sesuai untuk memastikan mereka di bawah umur 16 tahun dihalang daripada mempunyai akaun media sosial,” katanya.

Beliau berkata, salah satu mekanisme yang sedang dipertimbangkan ialah mewajibkan platform media sosial melaksanakan pengesahan eKYC yang melibatkan dokumen pengenalan diri yang dikeluarkan kerajaan seperti MyKad, pasport dan MyDigital ID.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of text that says 'Larangan bawah 16 tahun buka akaun media sosial disasar tahun depan Langkah bagi lindungi kanak- -kanak daripada jenayah


ArticlePublished 24 Nov 2025 3.26 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM