
Artikel
Waragainstdrugs Posting Pilihan Pengarah Jsjn Hadir Sebagai Pembentang Utama Di Seminar Menangani Gejala Dadah
Alor Setar, 24 November 2025 – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato' Hussein Omar Khan tampil sebagai pembentang utama dalam Seminar Mena...
Alor Setar, 24 November 2025 – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato' Hussein Omar Khan tampil sebagai pembentang utama dalam Seminar Menangani Gejala Dadah dan Hari Apresiasi Kepulihan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) 2025 yang diadakan di Raia Hotel dan Convention Center, Kedah, semalam.
Turut bercemar duli hadir ke majlis tersebut ialah Tuanku Raja Muda Kedah, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Salehuddin yang turut merasmikan seminar yang diadakan.
Dato' Hussein telah membentang dan membincangkan isu yang bertajuk ‘Trend Pengedaran Dadah serta Langkah Kawalan dan Operasi Banteras Dadah di Negeri Kedah’ termasuk situasi semasa sindiket dan pendekatan Polis Diraja Malaysia memperkukuh usaha mengekang gejala penggunaan dadah di seluruh negara.
Tidak ketinggalan hadir adalah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Hj. Muhammad Sanusi Md Nor, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, Dato' Hj. Abdul Halim Abdul Rahman, Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan, Dato' Ruslin Jusoh dan wakil-wakil agensi yang terlibat.