
Article
Keratan Akhbar Pilihan Lapor Segera Gangguan Seksual Pimpinan Gisbh Kpn
Jerantut, 22 Oktober 2024 – Polis tidak menolak kemungkinan ada mangsa lain yang menjadi mangsa gangguan seksual pimpinan kanan GISB Holdings (GISBH), tetapi m...
Jerantut, 22 Oktober 2024 – Polis tidak menolak kemungkinan ada mangsa lain yang menjadi mangsa gangguan seksual pimpinan kanan GISB Holdings (GISBH), tetapi memilih untuk tidak melaporkan perkara itu.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain, berkata mangsa berkenaan diminta membuat aduan polis segera.
“Mungkin ada yang memilih untuk tidak tampil. Mereka boleh memberikan maklumat yang diperlukan dan membuat laporan,” katanya pada sidang media di Taman Negara Kuala Tahan, semalam.
Beliau mengulas, sama ada kemungkinan mangsa lain terbabit berikutan dakwaan anak pengasas Al-Arqam, Ashaari Muliammad, Ummu Atiyyah, 41, yang menjadi mangsa seksual dan ditahan oleh anggota GISBH.
Pada 19 Oktober, Ummu Atiyyah mendakwa dia menjadi mangsa penahanan salah, keganasan dan dipaksa berkahwin dengan seorang pemimpin GISBH, manakala mangsa lain, Mohamad Adam, 33, mendakwa bahawa dia, isterinya dan anak mereka yang berumur empat tahun dipaksa bekerja untuk GISBH tanpa gaji selama lebih dari 10 tahun.
Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.