Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Kutipan Hari Ke 16 Menggalakkan 1 3 Juta Saman Dibayar

Diterbitkan: 08 May 2023 1.30 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 8 Mei 2023 - Sebanyak 1.3 juta saman dijelaskan pesalah trafik menerusi program Kadar Khas Bayaran Saman yang bermula sejak 21 April lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-kutipan-hari-ke-16-menggalakkan-1-3-juta-saman-dibayar
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:42 MYT
Kuala Lumpur, 8 Mei 2023 - Sebanyak 1.3 juta saman dijelaskan pesalah trafik menerusi program Kadar Khas Bayaran Saman yang bermula sejak 21 April lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, CP Dato’ Sri Mat Kasim Karim berkata, pihaknya mendapati kutipan bayaran saman pada hari ke-16, semalam sangat menggalakkan.

“Sasaran JSPT bagi memastikan orang ramai mengambil peluang ini kerana kebanyakan saman tertunggak pada 2022 dan sebelumnya layak diberikan kadar khas.
"Kadar khas bayaran saman ini berakhir pada 21 Mei ini, dan orang ramai boleh membuat pembayaran saman trafik menerusi beberapa platform," katanya, di sini, semalam.

Menurutnya, orang ramai boleh melakukan penyelesaian saman di platform dalam talian, aplikasi MyBayar Saman PDRM, semua kaunter trafik JSPT dan pejabat pos.
“Selain itu, penyelesaian saman juga boleh dibuat menerusi mesin pengeluaran wang automatik (ATM) Maybank.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Harian Metro di lampiran.
May be an image of text
 
ArtikelDiterbitkan 08 May 2023 1.30 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM