Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Kutip Ufti Restoran Polis Cari Empat Lelaki

Diterbitkan: 07 Jan 2021 5.47 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Polis mencari empat lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes kumpulan samseng membuat kecoh di sebuah restoran di Pandamaran, Klang, Selangor, Ahad lalu untuk mengutip `ufti’ .
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-kutip-ufti-restoran-polis-cari-empat-lelaki
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:14 MYT
Klang, 7 Januari 2021 - Polis mencari empat lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes kumpulan samseng membuat kecoh di sebuah restoran di Pandamaran, Klang, Selangor, Ahad lalu untuk mengutip `ufti’ .

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Tuan Shamsul Amar Ramli berkata, pergaduhan berlaku apabila sekumpulan lelaki datang ke restoran tersebut untuk meminta wang pelindungan daripada pemiliknya pada pukul 11.50 malam.

Bagaimanapun, menurut beliau, pemilik restoran tersebut enggan `membayar’ menyebabkan kumpulan itu memanggil lebih ramai rakannya.

“Kumpulan terbabit kemudian memecahkan barang-barang di dalam restoran dan menyerang orang awam yang sedang makan,” kata beliau dalam kenyataan semalam.
Katanya, selepas kejadian itu, polis menahan tujuh lelaki berusia 22 hingga 57 tahun dalam beberapa siri serbuan di sekitar Pandamaran bermula pukul 8 malam sejak Isnin lalu.

Tuan Shamsul Amar berkata, siasatan mendapati kesemua suspek dipercayai daripada kumpulan samseng dan tidak menolak kemungkinan ada penglibatan dengan kongsi gelap.

“Kumpulan ini dipercayai aktif sejak pertengahan tahun lepas. Kita sedang memburu empat lagi individu.

“Mereka yang berusia 20 hingga 34 tahun ialah Tan Chee Siang, Tey Kok Chun, Hew Chee Chong dan Tan Chee Kin,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Asisten Superintenden Zamrus Zakaria di talian 019-689 2777 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di talian 03-33762 222 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Keratan Akhbar Pilihan Kutip Ufti Restoran Polis Cari Empat Lelaki
ArtikelDiterbitkan 07 Jan 2021 5.47 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM