Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Kpn Santuni Kanak Kanak Autistik Warga Pdrm

Published: 12 May 2024 2.33 AM Updated: 15 Aug 2026 8.15 PM
Kuala Lumpur, 12 Mei 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain meluangkan masa menyantuni kanak-kanak autistik di Pusat Autisme Pengaman Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pusat Latihan Polis (Pulapol), Kuala Lumpur.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-kpn-santuni-kanak-kanak-autistik-warga-pdrm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:27 MYT
Kuala Lumpur, 12 Mei 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain meluangkan masa menyantuni kanak-kanak autistik di Pusat Autisme Pengaman Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pusat Latihan Polis (Pulapol), Kuala Lumpur.

Menurut KPN, IG Tan Sri Razarudin, majlis itu berupaya meningkatkan kesedaran masyarakat supaya lebih peka dan prihatin terhadap komuniti autisme.
"Saya difahamkan, dari awal pengoperasiannya Pusat Autisme PDRM pada tahun Ogos 2020, seramai 18 kanak-kanak autistik telah berjaya menamatkan pembelajarannya di pusat ini, manakala 25 lagi kanak-kanak masih lagi menerima pendidikan intervensi awal.

"Saya begitu berbangga dengan para ibu bapa dan penjaga yang dikurniakan kesabaran dan ketabahan dalam menempuhi ujian membesarkan anak syurga ini," katanya semalam.

Tambah beliau, pucuk pimpinan PDRM turut memberi sokongan dalam menjaga kebajikan warga pasukan khususnya mereka yang mempunyai anak berkeperluan khas ini.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

 
ArticlePublished 12 May 2024 2.33 AMUpdated 15 Aug 2026 8.15 PM