Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Kpn Puji Langkah Berani Dato Ayob Khan Bersih Pdrm

Diterbitkan: 24 Apr 2021 2.48 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 24 April 2021 - "Tidak mustahil lebih ramai lagi pegawai kanan dan anggota polis bakal ditahan selepas ini. Tiada siapa yang kebal! (tindakan undang-undang)," ujar Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador berhubung penahanan seorang pegawai kanan polis yang disyaki ada kaitan dengan kumpulan jenayah terancang diketuai ahli perniagaan buruan, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-kpn-puji-langkah-berani-dato-ayob-khan-bersih-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:58 MYT
Kuala Lumpur, 24 April 2021 - "Tidak mustahil lebih ramai lagi pegawai kanan dan anggota polis bakal ditahan selepas ini. Tiada siapa yang kebal! (tindakan undang-undang)," ujar Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador berhubung penahanan seorang pegawai kanan polis yang disyaki ada kaitan dengan kumpulan jenayah terancang diketuai ahli perniagaan buruan, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee.

"Yang pasti Dato' Ayob (Ketua Polis Johor, CP Dato' Ayob Khan Mydin Pitchay) akan menjalankan siasatan terperinci supaya tiada berlaku penganiayaan (pada anggota polis lain)," katanya.

Menurutnya, dia memuji langkah berani Dato' Ayob mengambil tindakan ke atas pegawai polis yang terpalit dengan jenayah.

"Saya difahamkan pasukan beliau bekerja keras mengumpul bukti untuk pendakwaan di mahkamah. Ini wajar dan perlu dikekalkan (integriti).

Tidak kira jawatan tinggi atau rendah. Semua anggota polis adalah tertakhluk dengan undang-undang jenayah dan tatatertib. Tiada pengecualian," katanya.

Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Harian Metro.

May be an image of text that says 'Lumpur Tidak lebih ramai ditahan selepas indang tindakan sebelum KPN puji langkah berani Ayob Khan bersih PDRM men- lang
ArtikelDiterbitkan 24 Apr 2021 2.48 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM