Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Kpn Ingatkan Semua Patuh Undang Undang

Published: 08 Jul 2021 3.51 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Shah Alam, 8 Julai 2021 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani mengingatkan semua pihak untuk menghormati peraturan dan undang-undang bagi mengelakkan tercetusnya provokasi hingga mengganggu tugas polis.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-kpn-ingatkan-semua-patuh-undang-undang
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 03:30 MYT

Shah Alam, 8 Julai 2021 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani mengingatkan semua pihak untuk menghormati peraturan dan undang-undang bagi mengelakkan tercetusnya provokasi hingga mengganggu tugas polis.

Menurutnya, sekiranya ada individu yang tidak berpuas hati, gunakan saluran yang betul dan tidak perlu membuat kenyataan berbentuk provokasi kepada penjawat awam yang hanya menjalankan tugas sebagaimana diamanahkan.

"Merujuk kepada rakaman video yang mempamerkan ketegasan dan sikap tidak bertindak balas seorang pegawainya terhadap provokasi, saya ingin terus mengingatkan semua pihak untuk hormat undang-undang.

"Pihak polis akan terus melaksanakan tugasnya tanpa terganggu dengan perkara-perkara sedemikian," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas ketegasan seorang Inspektor polis dalam menangani provokasi berkenaan isu durian di Raub, Pahang.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text
ArticlePublished 08 Jul 2021 3.51 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM