
Article
Keratan Akhbar Pilihan Kpdn Dan Pdrm Bongkar Parkir Simpan Barang Tiruan
Shah Alam, 7 Januari 2024 - Jual barangan elektrik dan perkakasan rumah tiruan secara dalam talian dengan menjadikan kawasan parkir di sebuah pusat beli-belah...
Shah Alam, 7 Januari 2024 - Jual barangan elektrik dan perkakasan rumah tiruan secara dalam talian dengan menjadikan kawasan parkir di sebuah pusat beli-belah di Klang sebagai pusat operasi.
Hasil serbuan itu, seorang lelaki berusia 40an dipercayai pengurus dan pemilik syarikat tidak berdaftar berkenaan turut ditahan.
Pengarah KPDN Selangor, Mohd Zuhairi Mat Radey berkata tindakan serbuan di tempat parkir kenderaan itu adalah hasil risikan IPK Selangor selama tiga bulan sebelum diperhalusi bersama pihaknya.