Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Ppm Dan Jabatan Perikanan Selangor Bongkar Taktik Pencuri Kerang

Diterbitkan: 07 Jan 2024 3.32 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-ppm-dan-jabatan-perikanan-selangor-bongkar-taktik-pencuri-kerang
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:06 MYT
Sabak Bernam, 7 Januari 2024 - Menyembunyikan pelbagai peralatan dipercayai digunakan untuk kegiatan mencuri kerang antara taktik dikesan dalam Op Hurricane Bersepadu Jabatan Perikanan Negeri Selangor di sebuah jeti perkampungan nelayan dekat sini pada Jumaat.

Peralatan terdiri daripada kor bergalah atau tangguk tangan dan pelbagai alatan lain dijumpai disembunyikan di stor jeti ketika pemeriksaan bermula jam 8 pagi dan berakhir jam 5 petang itu.

Situasi tenang ketika awal operasi bertukar sedikit tegang apabila lokasi serbuan didatangi beberapa individu yang cuba mempersoalkan tindakan pihak berkuasa.
Bagaimanapun, keadaan kembali terkawal setelah penerangan diberikan kepada individu terlibat berkaitan kesalahan pemilikan peralatan berkenaan.

Operasi turut disertai Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu Pelabuhan Klang, Jabatan Perikanan Negeri Perak dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Selangor.

“Tujuh kor bergalah, 63 tangguk tangan halus dan 35 tangguk besi bernilai RM39,000 dirampas.
“Selain itu, turut dirampas lapan set rawa sorong bernilai RM20,000 dan 12 unit bubu naga bernilai RM720," kata Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Selangor, Noraisyah Abu Bakar kepada Sinar Ahad.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

 
ArtikelDiterbitkan 07 Jan 2024 3.32 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM