Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Kontinjen Pertama Terima Manfaat Saringan Mamogram Percuma

Published: 01 Jun 2023 3.30 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Alor Setar, 1 Jun 2023 - Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) memilih Polis Kedah sebagai kontinjen pertama untuk melaksanakan Kempen Kesedaran Kanser Produktif Wirawati Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-kontinjen-pertama-terima-manfaat-saringan-mamogram-percuma
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:25 MYT
Alor Setar, 1 Jun 2023 - Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) memilih Polis Kedah sebagai kontinjen pertama untuk melaksanakan Kempen Kesedaran Kanser Produktif Wirawati Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Pengarah LPPKN, Encik Abdul Shukur Abdullah berkata, program ini adalah program kesinambungan daripada pelancaran di peringkat Kebangsaan yang dilancarkan pada September lepas.

Beliau berkata, pihaknya mensasarkan lebih 1,200 wirawati PDRM Kedah untuk mendapatkan perkhidmatan saringan mamogram secara percuma itu.

“Wirawati ini adalah mereka yang perlu kita lindungi dan perlu juga kita jaga.

"Jadi, kita terpanggil untuk bersama-sama dengan Polis Kedah ini memberikan perkhidmatan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas Kempen Kesedaran Kanser Produktif Wirawati PDRM Kontinjen Kedah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini pada Rabu.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of 3 people and text
ArticlePublished 01 Jun 2023 3.30 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM