Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Kompaun Maksimum Lebih 700 Kesalahan Jalan Raya Dijangka Naik

Published: 22 Jun 2026 3.34 AM Updated: 20 Sep 2026 12.11 PM
Kuala Lumpur, 22 Jun 2026 - Kadar kompaun maksimum bagi lebih 700 kesalahan jalan raya dijangka meningkat kepada RM500 sekiranya pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) diluluskan Parlimen.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-kompaun-maksimum-lebih-700-kesalahan-jalan-raya-dijangka-naik
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:27 MYT
Kuala Lumpur, 22 Jun 2026 - Kadar kompaun maksimum bagi lebih 700 kesalahan jalan raya dijangka meningkat kepada RM500 sekiranya pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) diluluskan Parlimen.

Kementerian Pengangkutan dijangka membentangkan syor kenaikan kadar baharu itu pada bacaan pertama RUU berkenaan pada Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen ke-15 yang bermula hari ini sehingga 16 Julai depan.

Ketika ini, kompaun maksimum pelbagai saman kesalahan jalan raya dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan dan Polis Diraja Malaysia seperti memandu secara melulu termasuk memecut, tanpa lesen atau cukaijalan sah dan melanggar lampu merah hanyalah RM300.

Bagaimanapun, kadar sedia ada itu dilihat tidak memadai memandangkan kesalahan serius dan berulang sering berlaku dan seolah-olah dipandang remeh oleh ramai pengguna jalan raya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.


May be an image of text that says 'Kompaun maksimum lebih 700 kesalahan jalan raya dijangka naik seolah-olah dipandang KES NAHAS JAN-JUN ramai penRиna jal
ArticlePublished 22 Jun 2026 3.34 AMUpdated 20 Sep 2026 12.11 PM