Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Komitmen Banteras Jenayah Jangan Risau Kena Kecam Kp Johor

Diterbitkan: 13 Dec 2021 3.33 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Johor Bahru, 13 Disember 2021 - Ketua Polis (KP) Johor, CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay menyeru semua anggota dan pegawai polis meningkatkan komitmen menjalankan tanggungjawab membanteras jenayah secara habis-habisan biarpun menerima kecaman dan jumlah pengikut media sosial Polis Johor berkurangan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-komitmen-banteras-jenayah-jangan-risau-kena-kecam-kp-johor
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 13:50 MYT
Johor Bahru, 13 Disember 2021 - Ketua Polis (KP) Johor, CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay menyeru semua anggota dan pegawai polis meningkatkan komitmen menjalankan tanggungjawab membanteras jenayah secara habis-habisan biarpun menerima kecaman dan jumlah pengikut media sosial Polis Johor berkurangan.

Beliau berkata, Polis Johor perlu meletakkan asas pencapaian penugasan kepolisan yang cemerlang bagi tahun ini untuk lebih beriltizam dan menanam tekad untuk terus cemerlang di tahun 2022.

"Jangan bimbang pengikut Facebook Kontinjen Johor menurun dan jangan bimbang pengikut Instagram Polis Johor merosot. Kita bukan nak jadi artis, YouTuber atau nak bertanding dalam pilihan raya, yang penting berpegang pada prinsip ikhlas, amanah, tegas, adil dan berhemah," ujarnya.

Katanya, seluruh warga Polis Johor harus berpegang teguh kepada aspek integriti, amanah, tegas, adil dan berhemah biarpun berdepan kemungkinan dikritik, dikecam dan diugut ketika menjalankan tugas.

"Tuan-tuan dan puan-puan jangan bimbang, saya bukan akan berada di belakang tetapi saya akan sentiasa berada di hadapan tuan-tuan dan puan-puan. Saya tidak akan membiarkan pegawai dan anggota saya 'dibelasah’.

"Itu bukan prinsip saya, saya bertanggungjawab terhadap semua pegawai dan anak buah saya. Sebarang kelemahan dan kekhilafan anak-anak buah saya, saya akan bertanggungjawab.

"Saya boleh bertolak ansur dan mempertahankan tuan-tuan dan puan-puan dalam isu-isu di atas, tetapi dalam konteks rasuah, salah laku, bersekongkol dengan penjenayah, dadah dan penyeliaan, tiada tolak ansur dan tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi,” katanya.

Sumber: Kosmo Online

May be an image of 1 person and text
ArtikelDiterbitkan 13 Dec 2021 3.33 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM