Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Kolej Rintis Program Ijazah Penguatkuasaan Undang Undang

Diterbitkan: 19 Aug 2024 2.43 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kajang, 19 Ogos 2024 - Dalam usaha mendedahkan pelajar dengan ilmu penguatkuasaan undang-undang, Kolej Universiti Inovatif di Petaling Jaya, Selangor telah memperkenalkan program Ijazah Sarjana Muda Penguatkuasaan Undang-Undang.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-kolej-rintis-program-ijazah-penguatkuasaan-undang-undang
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:53 MYT
Kajang, 19 Ogos 2024 - Dalam usaha mendedahkan pelajar dengan ilmu penguatkuasaan undang-undang, Kolej Universiti Inovatif di Petaling Jaya, Selangor telah memperkenalkan program Ijazah Sarjana Muda Penguatkuasaan Undang-Undang.

Melalui penawaran program pengajian itu di tahap tinggi, ia dapat membantu melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang tersebut.

Naib Canselor Kolej Universiti Inovatif, Profesor Emeritus Datuk Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, program tersebut merupakan kesinambungan untuk Diploma Penguatkuasaan Undang-Undang yang ditawarkan di institusi pengajian tersebut.

“Melalui program pengajian ini, ia akan melengkapkan keperluan guna tenaga dalam bidang penguatkuasaan undang-undang," katanya.

Tambahnya, melalui program itu juga, ia dapat membantu mempersiapkan graduan untuk menyertai pelbagai pasukan penguatkuasaan yang ada di Malaysia.

Majlis itu telah dirasmikan oleh Ketua Lesen Pasukan Urus Setia Ketua Polis Negara (Lesen Senjata Api) Bukit Aman, SAC Dato’ Dzulkhairi Mukthar di Kelab Menembak Bandar Kajang, Selangor baru-baru ini.

Sementara itu, Dato’ Dzulkhairi berkata, usaha memperkenalkan Kursus Asas Keselamatan dan Penggunaan Senjata Api oleh pihak kolej merupakan satu inisiatif yang baik.

"Saya meneliti usaha pihak fakulti dalam memberikan latihan kecergasan jasmani, ujian psikologi dan latihan kawad sebagai salah satu usaha pihak fakulti dalam memperkukuhkan program pendidikan berasaskan latihan amali.

“la bagi melahirkan kadet elit program penguatkuasaan undang-undang. Inisiatif pihak kolej memperkenalkan Kursus Asas Keselamatan dan Penggunaan Senjata Api merupakan usaha yang pertama di Malaysia," jelasnya.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Kosmo di lampiran.
 
ArtikelDiterbitkan 19 Aug 2024 2.43 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM